Langkah 2
WOW, CONTENG
Ruangan ini disediakan khas untuk guru melaksanakan aktiviti kepada murid dengan penghasilan poster bagi mengekspresikan perasaan bangga terhadap pembentukan Malaysia. Oleh itu, mari kita bersama-sama mengekspresikan perasaan kita dengan aplikasi
Explain Everything!

Tunggu dulu, anda perlu menonton tayangan video di bawah terlebih dahulu sebelum melaksanakan aktiviti Wow, Conteng!

Oooh, okay baik! Jom kita menonton bersama.
Mari belajar Sejarah dengan Cg. Arifah

Video ini menerangkan kepentingan permuafakatan dalam kehidupan bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Isi kandungan video ini menepati Standard Pembelajaran (K) 10.1.5, 10.1.6, dan 10.1.7 dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Sejarah Tahun 6.

Video ini menguji tahap kecerdasan serta kepekaan murid terhadap informasi yang terkandung dalam video tersebut.


Jangan buang masa, mari kita hasilkan karya Conteng anda! Ekspresikan perasaan bangga anda terhadap Malaysia.