top of page
57d09-13402360_1814900658738396_33461983

WELCOME TO

the archivist

THE ARCHIVIST

Laman ini diwujudkan sebagai satu inisiatif kepada para guru untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang menyeronokkan. Fokus topik pada laman ini adalah Pembentukan Malaysia iaitu salah satu topik yang terkandung dalam Dokumen Standard Kandungan Pelajaran (DSKP) Sejarah Tahun 6.

 

Hasil dapatan pemerhatian daripada program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), kami mendapati kebanyakan murid Tahun 6 menghadapi kesukaran untuk memahami isi pembelajaran topik ini. Rentetan daripada itu, murid menunjukkan tingkah laku yang disruptif iaitu tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini telah menyebabkan objektif pengajaran guru tidak tercapai.

 

Oleh yang demikian, kami pelajar PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018 telah menghasilkan laman ini yang diharapkan dapat membantu guru untuk mengatasi tingkah laku bermasalah murid di dalam bilik darjah melalui penghasilan video sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah. 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Murid dapat menghuraikan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 sebab-sebab pembentukan Malaysia.

Murid dapat menerangkan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 langkah-langkah pembentukan Malaysia.

Murid dapat membincangkan iktibar daripada kejayaan pembentukan Malaysia.

KENALI KAMI

Puteri Aimi Adlina

Bt. Raja Musa

Nurul Arifah Nabilah

Bt. Rosli

Cantik.jpg

Mardhiah

Bt. Othman

© 2019 by us. Proudly created with Wix.com

bottom of page